Sunday 24 July 2016

PENDAHULUAN

Assalamualaikum, setinggi-tinggi kesyukuran terhadap Ilahi kerana dengan kurnianya dapat kami menyiapkan Folio (Kesantunan Bahasa) ini dengan sempurna.

Kami telah berusaha mencari dari pelbagai sumber dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras ahli-ahli kumpulan kami.
Terima kasih diucapkan kepada rakan rakan kelas yang turut membantu iaitu kelas DIB4A dan juga ribuan terima kasih juga kepada pensyarah kami iaitu Pn Elyn Binti Ridzwan yang telah banyak membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar tentang pelaksanaannya.

Kami sangat berbangga kerana dapat menyelesaikan folio ini tepat pada waktunya.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

KESANTUNAN BAHASA

            Maksud bagi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan berbahasa telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
Pendapat-pendapat para tokoh tempatan dan dunia tentang definisi kesantunan:

  • Lakoff (1957:64): “Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.”
  • Fraser dan Nolan (1981:96): “Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.”
  • Leech (1983:104): “Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi social." 
  • Brown dan Levinson: Kesantunan adalah usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. 
  • Asmah Haji Omar (2000:88): “ Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahsa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan, dan rasa tersinggung dari pihak pendengar.”

            Berdasarkan pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan kata-kata yang sesuai,tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan diterima sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat yang bertanggungjawab. Takrifan lain tentang kesantunan berbahasa:
  • Held: “Kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.”
  • Watts et.al: “Kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
  • Awang Sariyan (2007): “Kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.”

             Grice telah mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan Beliau telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:
i. maksim kuantiti
ii. maksim kualiti
iii. maksim pertalian (hubungan)
iv. maksim cara

Maksim kuantiti merujuk kepada apabila seseorang bercakap atau berkomunikasi haruslah didukung dengan fakta atau data yang lengkap agar terhindar daripada yang tidak benar atau lemah sebaliknya hendaklah membuat pernyataan yang betul dan tepat agar maklumat yang diberikan itu diterima pendengar dengan hati terbuka. Jika pendengar berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan hendaklah disampaikan melalui pernyatan yang lebih kuat atau hujah-hujah yang kukuh. Selain itu penutur hendaklah diminta memberikan penjelasan akan sesuatu yang diperkatakan agar pendengar dapat menerima dengan hati terbuka tetapi jika tidak dapat memberikan sesuatu penjelasan atau memberikan sebahagian sahaja alasan akan dianggap biadap dan melanggar prinsip kesantunan.

Maksim kualiti pula bermaksud penutur tidak membicarakan hal yang benar sebaliknya mengatakan hal yang palsu atau tidak mempunyai bukti yang cukup kuat. Dalam konteks ini penutur akan memendamkan maklumat oleh sebab tidak ada pengetahuan yang cukup bagi meyakinkan pendengar.

Maksim pertalian pula bermaksud ketika berkomunikasi haruslah releven atau berkaitan dengan apa yang diucapkan. Penutur hendaklah bercakap dengan yang releven dan tidak menyimpang dengan tajuk yang diberikan. Penutur tidak boleh membuat sebarang andaian yang mengelirukan pendengar agar mematuhi prinsip kerjasama dan semasa memberikan maklumat ketika berkomunikasi hendaklah beradab dan tidak mengikut perasaan.


Maksim cara pula merujuk kepada cara seseorang itu berkomunikasi. Jika penyampaiannya menyingung perasan orang lain, dengan menggunakan bahasa kasar maka tujuan berkomunikasi secara santun tidak tercapai. Oleh itu, ketika berkomunikasi hendaklah menggunakan pilihan kata, ungkapan santun yang menandakan bahawa keperibadian orang itu memang baik. Begitu juga jika seseorang itu berpura-pura bersantun di hadapan khalayak sedangkan dia tidak ikhlas maka daia telah melanggar prinsip kesantunan.

KONSEP KESANTUNAN BAHASA

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA 
  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan 
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. 
  • Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. 
  • Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa. 
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. 
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. 
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar. 
  • Nada mestilah rendah dan lembut. 
  • Gerak laku haruslah lemah lembut 
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak. 
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya. 
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.


Fungsi budaya kesantunan dalam sistem panggilan orang Melayu:
            Konsep kesantunan berbahasa bagi orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan nilai-nilai Islam kerana ajaran Islam telah menjadi suatu cara hidup yang merangkumi semua tatacara dalam kehidupan orang Melayu termasuklah berbahasa. Nilai-nilai Islam menjadi pengukur dan penentu terhadap kesantunan orang Melayu. Jelasnya, konsep kesantunan orang Melayu ialah perlakuan berbahasa dan bukan berbahasa yang dilakukan atas keikhlasan kerana Allah Taala. Jadi, konsep kesantunan orang Melayu melibatkan hubungan tiga penjuru iaitu melibatkan penjagaan hubungan antara manusia dengan Tuhan (hablun minallah) serta memberatkan hubungan antara manusia (penutur) dengan manusia (hablun min al-nas) iaitu pendengar.
            Kesantunan berbahasa telah berdarah daging dan menjadi lambang jati diri bangsa Melayu sejak zaman berzaman. Pendek kata, orang Melayu sudah sekian lama disinonimkan dengan kesantunan dalam berbahasa dan perlakuan. Jadi demi kelangsungan jati diri bangsa Melayu yang unggul dan gemilang, semestinya setiap lapisan masyarakat terus menyemarakkan penggunaan bahasa yang santun dalam kehidupan seharian. Seperti yang kita semua maklum, nilai murni dalam budi bahasa memberikan kekuatan sosial dan moral serta membentuk budaya tinggi sesebuah masyarakat. Bangsa yang maju mengamalkan bahasa budaya tinggi yang dituturkan dengan cara yang halus, menarik, berkesan, bersopan santun, mempunyai nilai estetik, intelektual dan nilai budaya yang mencerminkan tamadun dan kesusilaan bangsa yang berperibadi tinggi.
            Dalam konteks sistem panggilan dalam keluarga masyarakat Melayu, aspek kesantunan merupakan antara perkara yang mesti ada kerana masyarakat Melayu terkenal dengan budi bahasa yang sopan dan lemah lembut. Segala nasihat, teguran atau larangan sering kali tidak dilakukan secara langsung. Sebaliknya bahasa berlapik digunakan agar orang yang menjadi sasaran tidak tersinggung dan diaibkan di hadapan khalayak.
            Sebenarnya, semua orang sedar dan tahu tentang peri pentingnya berbahasa dengan santun terutamanya dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia ini, namun akhir-akhir ini faktor globalisasi yang melanda telah mengubah nilai dan pandangan hidup sehingga amalan berbudi bahasa ini semakin terhakis dalam masyarakat. Kita tidak boleh membenarkan bangsa kita hilang kesopanannya, termasuk dalam penggunaan bahasa. Setiap lapisan masyarakat perlu memastikan aspek penting dalam ketamadunan bangsa dan hubungan sesama manusia tidak terhakis semata-mata kerana kita mahu dilihat moden,maju dan canggih.
            Jadi, amatlah wajar seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa menguasai segala santun dan peraturan dalam bahasa Melayu seperti gelaran kekeluargaan, gelaran pergaulan, kata-kata alu-aluan, dan kata silaan supaya budaya beradab dalam masyarakat dapat dikekalkan. Budi bahasa dan ketatasusilaan semasa kita berwacana atau berbahasa akan menjadi titik penentu lambang dan dan citra diri serta sahsiah kita yang sebenarnya. Oleh itu, kepentingan kesantunan dan ketatasusilaan semasa berkomunikasi bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. 

Amalan dan penerapan budi bahasa sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam beberapa institusi, antaranya : 
  • Antara ibu bapa dan anak-anak

Pada asasnya, ibu bapa atau keluarga merupakan orang pertama yang perlu menerapkan nilai berbudi bahasa sama ada secara formal atau tidak formal kepada anak-anak. Ibu bapa wajar mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik, betul, bersopan, terpuji dan saling menghormati. Hal ini demikian kerana, telah terbukti anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang mengutamakan kesantunan dalam berbahasa biasanya akan menjadi individu yang bersopan serta berbudi bahasa. Begitulah peri pentingnya gelanggang yang kecil di rumah dalam membentuk keperibadian yang unggul.
Bagi memupuk rasa hormat menghormati kepada ibu bapa, kata panggilan “mak”, “mama”, “ayah”, dan “abah” digunakan. Namun begitu sejak akhir-akhir ini kata panggilan “ummi”, dan “abi” telah diambil dari bahasa Arab dan panggilan “mummy” dan “daddy” pula diambil daripada bahasa Inggeris dan kata panggilan tersebut telah diasimilasikan ke dalam masyarakat Melayu. Begitu juga rasa hormat kepada datuk atau nenek kata panggilan “atuk”. “nenek”, “tok ayah”, dan “tok wan” digunakan. Tutur kata anak-anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat dalam apa jua keadaan. Anak-anak tidak boleh sekali-kali beraku atau berengkau dengan ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka. Tanggungjawab memastikan anak-anak menggunakan bahasa yang santun terpikul di atas bahu ibu bapa kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak. Pemupukan, penghayatan dan penggunaan bahasa yang sopan dalam masyarakat hendaklah sentiasa ditekankan kerana amalan ini menggambarkan budaya Melayu yang tinggi. 
  • Antara adik beradik

Hubungan adik beradik disusun oleh urutan kelahiran iaitu dari anak yang sulung kepada yang tengah dan yang bongsu. Yang muda mesti menghormati yang tua, adik mesti menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik seperti yang biasa dalam masyarakat. Contoh gelaran seperti “abang long”, “kak long”, “abang ngah”, “kak ngah”, “abang cik” , “kak cik” dan “adik” untuk orang yang lebih muda.Setiap pertuturan, pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah sopan dan saling menghormati. Selain itu, apabila berinteraksi dengan orang yang lebih tua mestilah menggunakan nada suara yang lembut dan kelakuan yang sopan. Tidak digalakkan orang yang lebih muda berjenaka sesuka hati, memerli atau menyampuk percakapan orang tua walau dalam keadaan biasa. Namun begitu, masyarakat yang lebih muda tetap diberi peluang untuk memberi pandangan atau meluahkan perasaan tetapi tetap dalam keadaan sopan dan berhemah. 
  • Penggunaan Kata Ganti Nama

Kesantunan berbahasa dalam sistem panggilan dalam keluarga masyarakat Melayu boleh dimanipulasikan melalui beberapa bentuk dan penggunaan bahasa. Penggunaan kata ganti nama merupakan salah satu aspek penting dalam kesantunan berbahasa bahasa Melayu. Kata ganti nama merupakan antara bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang untuk memanggil orang yang mendengar atau diajak bercakap. Menurut Teo Kok Seong, masyarakat Melayu menganggap kata ganti nama “aku”, “awak”, “kamu” dan “engkau” sebagai bentuk kasar jika digunakan dalam percakapan atau interaksi dengan pihak yang lebih tua, berstatus dan berkuasa oleh pihak yang bercakap yang lebih muda, kurang berstatus dan kurang berkuasa. Walau bagaimanapun kempat-empat kata ganti nama berkenaan boleh digunakan secara sopan semasa bercakap atau berinteraksi, antaranyaahli keluarga mereka yang sudahpun akrab, atau situasi umur mereka setara. 
  • Perlakuan Bahasa Bukan Verbal

Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat. Penekanan utama dalam konteks kesantunan berbahasa, dalam penggunaan bahasa yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah cara perkataan atau frasa diucapkan dan sering kali disertai oleh gerak badan yang melibatkan air muka, isyarat tangan serta gaya dan kedudukan badan pihak yang bercakap. Anak-anak Melayu sentiasa diajar menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan dan apabila memberi dan menerima sesuatu. Penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan. Memberi dan menerima sesuatu daripada seseorang dengan menggunakan tangan kiri ialah perbuatan yang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam.

Jika seseorang itu terpaksa menuding kepada sesuatu semasa bercakap atau berinteraksi terutamanya dengan pihak yang lebih tua atau yang dihormati dengan tujuan untuk menunjukkan seseorang atau arah, jari telunjuk tidak boleh digunakan. Lebih sopan jika ibu jari kanan digunakan. Dalam masyaakat Melayu, menuding dengan jari telunjuk dalam situasi tertentu boleh dianggap sebagai perbuatan meninggikan diri, yakni dalam pengertian mengarah atau memerintah pihak yang mendengar. Aapabila seseorang itu harus lalu di hadapan pihak yang lebih tua, yang lebih tinggi tarafnya atau pihak yang lebih dihormati seseorang itu hendaklah meminta izin terlebih dahulu dengan melafazkan ungkapan “minta lalu” atau “tumpang lalu”. Ucapan meminta izin ini boleh digantikan dengan perlakuan bukan verbal, antaranya menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan tangan kanan ke bawah. Perbuatan ini dianggap sopan dalam masyarakat 

PUNCA-PUNCA KESANTUNAN BERBAHASA SEMAKIN LUNTUR

           Remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa akan hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian.
            Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada lunturnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat kini:
·         Pengaruh media massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan terutamanya penyiaran budaya luar telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk meninggalkan budi bahasa yang menjadi pegangan masyarakat kita .
·         Tayangan-tayangan rancangan dari Barat , umpamanya mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai contoh: perkatan-perkatan yang tidak sopan yang selalu ditayangkan di televisyen.
·         Pengaruh rakan sebaya serta persekitaran. Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan rakan sebaya mereka. Selain itu, pada peringkat remaja,rata-rata tidak mahu hidup dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.
·         Kurangnya perhatian dari kerajaan juga menjadi punca kepada masalah budi bahasa yang kian merosot.

Faktor-faktor lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan berbahasa:
·         Ibu bapa
-Kurang memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
-Terlalu sibuk dengan kerjaya
-Terlalu mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
-Tidak menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
·         Kemajuan teknologi
-Budaya luar yang mudah diikuti
-Memberi pengaruh yang kurang baik
-Budaya luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
-Remaja terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik", dan sebagainya.
·         Diri sendiri/Remaja/Masyarakat
-Menganggap tidak penting
-Kolot dan memalukan
-Bangga dengan status (anak orang berada)
-Lebih bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
-Kurang didikan agama
-Kurang perpaduan negara
·         Sekolah 
-Kempen di sekolah kurang berkesan
-Guru-guru yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek        peperiksaan
-Terlalubergantung terhadap kerajaan
·         Kerajaan 
-Tidak mementingkan budi bahasa (terutamanya kakitangan awam)
-Tidak boleh dijadikan contoh kepada rakyat

-Kempen yang dijalankan banyak tidak berkesan

FAEDAH-FAEDAH DALAM MENGAMALKAN AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA

Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari dewasa dan remaja. Berita tentang remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme dan pornografi sering terpapar di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa kebejatan amalan mulia ini adalah disebabkan oleh pengaruh budaya kuning dari negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, Belanda dan United Kingdom yang terkenal dengan sikap keterbukaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan dasar buka pintu bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, masyarakat kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar dan pengaruh budaya kuning dengan mudahnya dapat bersarang di kotak fikiran masyarakat.

       Budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu satu manfaat boleh diperolehi. Salah satu kepentingan amalan ini adalah dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati tidak kira apa jua warna kulit, taraf dan umur individu tersebut. Apabila wujud sikap saling menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan Perpaduan Teras Kejayaan jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada mengatakan bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah.

       Meninjau dari skop yang lebih luas, amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun. Menurut konteks sejarah, masyarakat yang bertamadun merupakan masyarakat yang memiliki tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur selain pencapaian lahiriah. Oleh itu, masyarakat pada masa tersebut dapat membina empayar dan kerajaan yang kuat dan hebat seperti ketika tamadun Mesopotamia.

       Tamadun Mesir Purba, tamadun Indus dan tamadun Hwang He walaupun pada masa itu teknologi masih belum berkembang dengan sepenuhnya. Namun begitu, scenario hari ini yang menyaksikan masyarakat yang biadap dan kasar sikapnya seperti mengeluarkan kata-kata kesat amatlah memilukan hati bagai duri dalam daging. Hal ini seolah-olah masyarakat kita masih hidup dalam Zaman Jahiliah yang mana akhlak dan nilai hidup masyarakat pada masa tersebut adalah sangat rendah. Perkara seumpama itu tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat kkit lagi memandangkan negara kita telah lima dekad mencapai kemerdekaan. Untuk mendapatkan kemerdekaan bukanlah suatu perkara yang mudah tetapo untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan merupakan perkara yang lebih sukar untuk dilakukan. Justeru, negara amat memerlukan masyarakat yang berfikiran matang dan bijak untuk mengelakkan penjajahan semula oleh kuasa-kuasa asing.

       Dari kaca mata yang lain, industri pelancongan juga turut meningkat. Masyarakat yang berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai yang positif seperti memberi layanan yang sopan dan bersikap lemah lembut terhadap pelancong asing. Hal ini penting agar dapat meninggalkan imej yang positif terhadap negara kita dalam diri pelancong. Pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka adaalah dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Dalam pada itu, pekerja-pekerja dalam Jabatan Kastam dan Imigresen, pemandu pelancong dan pemandu pengangkutan awam perlulah memainkan pereanan yang lebih penting dengan senantiasa melemparkan senyuman dan bertutur dengan nada yang lembut ketika berurusan dengan pelancong asing. Negara Jepun sayugia dijadikan teladan kerana masyarakatnya sememangnya kaya dengan budi bahasa. Contohnya, ucapan irasshaimase yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tidak kira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun. Justeru, budaya murni ini perlulah diserapkan dalam jiwa dan raga setiap individu terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar merekadapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.

       Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan. Pemimpin yang baik akan dapat mmentadbir negara dengan lancer kerana mendapat sokongan padu daripada rakyat. Dalam pada itu, golongan remaja merupakan asset yang sangat bernilai kepada negara kerana mereka adalah generasi pelapis yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara. Oleh itu, budi bahasa perlulah dijadikan panduan kepada kehidupan mereka supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kancah gejala social serta dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Pemimpin yang berbudi bahasa juga dapat meningkatkan imej negara kerana pemimpin dari negara lain akan kagum dan nmenghormati negara kita. Ironinya, hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah. Dengan itu, negara kita akan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Selain itu, negara kita akan terkenal di persada dunia kerana sifat budi bahasa kita dan ini akan menjadi kebanggaan masyarakat kita.

       Individu yang berbudi bahasa juga akan memperolehi pelbagai kemaslahatan, antaranya mudah didampingi oleh orang lain,. Hal ini kerana individu yang berbudi bahasa sentiasa lemah lembut dan bersopan santun dalam pertuturan dan perlakuan. Mereka juga tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat atau kata-kata yang menyakitkan hati. Justeru, mereka tida akan menyinggung perasaan orang lain. Sebaliknya, mereka akan dihormati dan disenangi oleh orang lain. Hal ini akan turut menjaga nama baik dan maruah individu tersebut dan keluargannya kerana sifat-sifatnya yang mulia itu. Konklusinya, budaya berbudi bahasa perlulah digarapkan oleh ibubapa dalam diri anak-anak sejak dari kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, hasrat negara untuk melahirkan masyarkat yang berbudi bahasa menjelang tahun 2020 akan dapat direalisasikan.


       Natijah, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negar-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

AKIBAT LUNTURNYA KESANTUNAN BAHASA

  •  Hilang perasaan malu
  •  Pentingkan diri sendiri
  • Runtuh nilai moral
  •  Luntur nilai budaya dan adat resam 
  • Institusi kekeluargaan terjejas 
  • Pelanggaran batas agama 
  • Hilang jati diri dan wawasan 
  • Pergaulan bebas

CABARAN

Tidak dapat dinafikan seiring dengan peningkatan jaringan sosial dan kemudahan internet , kesan terhadap tatacara pergaulan, adat resam , cara berkomunikasi serta cara hidup itu sendiri mengalami perubahan ketara. Kesan negatif dunia digital:
  • ·         Kurang komunikasi secara dua hala.
  • ·         Percakapan kurang sopan, pergaulan bebas akibat pengaruh bahan negatif.
  • ·         Anak-anak kurang kasih sayang.
  • ·         Hilang rasa hormat terutama kepada yang lebih tua.
  • ·         Hidup bersendiri dan tenggelam dalam dunia gajet.
  • ·         Berlaku pecah belah, fitnah akibat penyebaran maklumat tidak terkawal dan sah.