Skop
Ibu Bapa
Dalam
era globalisasi yang semakin mencabar ini, anak-anak muda mudah dipengaruhi
unsur negatif daripada media massa serta bahan-bahan bercetak. Sejajar
dengan itu, ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap
pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus dididik dengan sempurna supaya
menjadi insan yang bersantun dan dapat memberikan manfaat kepada pembangunan
negara. Golongan muda merupakan harapan negara, bak kata pepatah," pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara." Oleh itu, mereka harus diberi
kesedaran tentang kepentingan mengamalkan prinsip moral supaya dapat merealisasikan
pelbagai wawasan kelak.
Sememangnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran tentang
pentingnya kehidupan bersantun. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa.
Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Pendek kata ibu bapalah idola anak-anak. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian, kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Ini seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa patut membawa anak-anak ke tempat beribadat untuk bersembahyang atau menjalankan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bergotong-royong. Sebagai contohnya, membawa anak-anak ke masjid untuk bersembahyang bersama-sma. Dengan itu, anak-anak sedar akan kewajiban diri mengamalkan nilai-nilai murni termasuk mentaati perintah agama. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, mudah-mudahan mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji, bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia.

Masyarakat
Golongan
masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk seorang remaja
yang bersantun. Yang pertama, golongan masyarakat perlulah mengamalkan sikap
penyayayng dalam kehidupan seharian. Amalan ini penting dalam pembentukan
sahsiah seorang remaja yang bersantun dan berbudi berkerti mulia. Ini kerana
sekiranya semua golongan masyarakat mengamalkan sikap penyayang, ini akan membentuk
budaya masyarakat atau norma masyarakat yang bersifat positif dalam secara
tidak langsung remaja akan terpengaruh dengan budaya ini akan mereka akan
terikut-ikut dengan budaya ini dan akhirnya mereka juga akan menjadi seorang
insan yang penyayang.
Selain
itu, golongan masyarakat juga perlu sentiasa prihatin terhadap perkara yang
berlaku di persekitaran mereka. Contohnya, golongan masyarakat haruslah memberi
teguran kepada remaja yang terjebak dalam kancah gejala sosial. Ini adalah
penting kerana banyak remaja masa kini melakukan gejala sosial disebabkan oleh
faktor kekurangan perhatian daripada orang ramai. Dari segi psikologi pula,
anak-anak pada usia remaja mempunyai keinginan untuk mendapat perhatian dan
dikenal pasti oleh orang ramai tentang kewujudan dia. Apabila seseorang remaja
tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapanya maka dia akan
dipengaruhi oleh rakan-rakan yang bersifat negatif untuk terjebak dalam kancah
gejala sosial. Oleh itu, golongan masyarakat haruslah membuang sikap tak endah
dan mengamalkan sifat prihatin terhadap perkara yang berlaku di persekitaran
mereka.
hai..nak tanya..kalau isu2 kesantunan dalam kalangan masyarakat ni mcm mna..?
ReplyDeleteboleh tolong reply..
ReplyDelete