Dalam usaha
untuk meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita,ibu bapalah yang
memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak-anak sejak kecil.Dengan
adanya didikan ibu bapa,maka anak akan memiliki amalan budi bahasa dalam diri
sendiri mereka.Selain itu,ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik
kepada anak-anak mereka.Contohnya,apabila ibu bapa menghormati orang tua di
hadapan anak mereka,anak mereka akan secara semula jadinya mengikuti perbuatan
ibu bapa mereka kerana ‘bapa borek anak rintik’.Ibu bapa harus menasihati anak
mereka supaya menghormati ahli keluarga yang lebih tua seperti datuk dan
nenek.Mereka juga perlu mengajar anak supaya menggunakan panggilan yang betul
semasa berada di rumah.Ibu bapa mestilah sentiasa membawa mereka untuk
mengikuti program seperti kempen dan ceramah yang dianjurkan oleh pihak
tertentu yang menjurus kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai murni.Jika ibu
bapa hanya mengambil ringan akan masalah yang sedang melanda negara kita
sekarang maka negara kita akan mengalami satu masalah besar yang akan menyerang
negara pada masa akan datang bak kata pepatah’api kecil baik dipadam’.Oleh
itu,peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini amat diperlukan kerana setiap
pembelajaran itu bermula dari rumah dan ibu bapa haruslah sabar dalam mendidik
anak-anak kerana ‘belakang parang jika diasah tajam juga’.
Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.
Selain pihak ibu bapa,pihak sekolah juga memainkan peranan untuk meningkatkan amalan budi bahasa di negara kita.Pihak sekolah seperti kelab bimbingan dan kauseling boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni seperti rajin,tanggungjawab dan sebagainya dalam rutin kehidupan mereka.Cara ini dapat membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang.Guru haruslah memberi didikan moral kepada murid supaya mereka dapat menghayati 36 nilai murni yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral misalnya nilai amanah,nilai kesederhanaan dan lain-lain.Nilai-nilai moral dapat menjadikan pelajar sebagai seorang modal insan yang berakhlak mulia dan juga beradab sopan.Bekas Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun.Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya.Semangat inilah yang membawa negara mereka kepada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta.
Seterusnya,pihak
kerajaan memainkan peranan dalam meningkatkan kesantunan berbahasa di negara
kita yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti orang Melayu,orang Cina dan
juga orang India.Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran atau ceramah
untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari bahawa
betapa penting sesebuah masyarakat perlu mengamalkan amalan budi bahasa.Hal ini
dikatakan demikian kerana kempen-kempen yang diadakan mampu menyedarkan
masyarakat tentang kepentingan amalan ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian
kita.Masyarakat pada hari lebih mudah dipengaruhi dan dikuasai dengan
kempen-kempen yang diadakan.Contoh kempen yang boleh dianjurkan untuk
meningkatkan kesantunan berbahasa ialah Kempen Budi Bahasa dan Marilah Berbudi
Bahasa. Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting
kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai
murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini haruslah dilakukan
secara berterusan dan janganlah sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.Kita
telah menjadikan amalan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang
dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara,dari Rukun Negara
sehinggalah kepada Wawasan 2020. Pada 27 Januari 2006, Menteri Penerangan,
Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan Kempen Rukun Negara yang
merupakan anjuran Kementerian Penerangan Malaysia.Jelaslah bahawa aspirasi kita
dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti
kehidupan kita masa kini.Pada 11 Februari 2005,Kementerian Kebudayaan dan
Warisan (KEKWA) telah melancarkan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.Kempen
Budi Bahasa dan Nilai Murni sama sekali tidak diwujudkan kalau masyarakat kita
berbudi bahasa selayaknya. Terdapat kajian yang telah didapati iaitu Kuala
Lumpur telah menjadi bandar raya yang kedua paling biadab.Kajian ini amat
membimbangkan.Oleh itu,kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan
serta giat dan bukannya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.Oleh
itu,diharapkan kempen yang bersungguh-sungguh ini dapat menyemarakkan dan
menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap rakyat
Malaysia serta meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam
kehidupan seharian kita.
Langkah yang boleh dilakukan untuk membanteras masalah ini ialah melalui
media massa.Pada zaman yang menuju puncak ini,semua informasi-informasi yang
berlaku di dunia ini mudah didapati kerana kemudahan seperti internet,televisyen
dan banyak lagi memberi kita peluang untuk menerokai hal-hal yang berlaku pada
masa sekarang.Video atau iklan yang ditayangkan melalui media massa seperti
televisyen berupaya untuk mempengaruhi sikap seseorang.Oleh hal demikian,sudah
tentulah usaha untuk memupuk nilai murni ini boleh dilakukan melalui media
massa.Untuk merealisasikan impian ini,pihak media massa haruslah bekerjasama
dalam menjayakan program ini dan sentiasa berjuang untuk kedaulatan
negara.Seperti yang sedia kita maklum,televisyen menjadi daya tarikan yang
popular dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,pihak syarikat
televisyen haruslah sentiasa memaparkan kebaikan budi bahasadan
kepentingan nilai-nilai murni melalui iklan-iklan di televisyen.Jika pihak
media massa tidak bekerjasama dalam mengatasi masalah ini maka amat sukar untuk
mewara-warakan masalah yang sedang dihadapi ini kepada masyarakat.Oleh itu,
pihak media massa menjadi tempat untuk mendapatkan pertolongan bagi
menyelesaikan masalah ini bak kata pepatah’yang berpayung yang ditembak’.
Masyarakat Malaysia tanpa mengira
agama,bangsa dan budaya haruslah memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan
yang telah berusaha untuk menggunakan pelbagai jenis cara untuk meningkatkan
kesantunan berbahasa di negara kita.Masyarakat sepatutnya mengamalkan nilai
bekerjasama dan sanggup bertolak ansur untuk mengelakkan perselisihan faham dan
pertelingkahan berlaku.Penerapan nilai-nilai ini dalam diri masyarakat dapat
menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan damai.Masyarakat generasi yang
lebih tua yang mengamalkan amalan budi bahasa juga dapat mempengaruhi sikap
generasi muda pada hari ini.Masyarakat pada hari ini harus mengamalkan amalan
senyum kepada orang lain tanpa mengira kaum.Senyum merupakan satu aksi yang
paling mudah.Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan
mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.Pihak
berkuasa boleh mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan
perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan
mengucapkan terima kasih.Apabila seseorang itu senyum,orang itu akan nampakmesra dan beradab
sopan.Tegasnya,masyarakat berbilang kaum harus berganding bahu bersam untuk
meningkatkan kesantunan berbahasa di negara kita.
No comments:
Post a Comment