Maksud bagi kesantunan bahasa ialah
kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada
melalui lisan atau tulisan. Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara kita. Kesantunan berbahasa
telah muncul sebagai suatu bidang pengkajian yang menarik dalam bidang
sosiolinguistik. Kesantunan dalam konteks yang lebih luas tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi merujuk kepada aspek bukan verbal
seperti tingkah laku, mimik muka, dan nada suara.
Pendapat-pendapat para tokoh tempatan dan dunia
tentang definisi kesantunan:
- Lakoff (1957:64): “Kesantunan ialah perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi.”
- Fraser dan Nolan (1981:96): “Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.”
- Leech (1983:104): “Kesantunan berupa perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi social."
- Brown dan Levinson: Kesantunan adalah usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar.
- Asmah Haji Omar (2000:88): “ Kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahsa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran,kemarahan, dan rasa tersinggung dari pihak pendengar.”
Berdasarkan
pentakrifan beberapa tokoh diatas, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan
merupakan kata-kata yang sesuai,tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga
hati dan air muka pendengar. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam
meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada berbahasa atau bukan bahasa
sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala
selagi perlakuan menjurus ke arah amar makruf nahi mungkar. Oleh itu, setiap
perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas akan
diterima sebagai perlakuan yang santun. Kesantunan dalam berbahasa juga boleh
diwujudkan dengan mementingkan budaya dan masyarakat akan menunjukkan strategi
kesantunan sesebuah masyarakat dengan jelas serta berkaitan dengan strategi budaya
dan nilai masing-masing. Pemahaman dalam strategi kesantunan dalam kalangan
masyarakat yang berbeza akan mendorong dan mengharmonikan masyarakat sejagat
yang bertanggungjawab. Takrifan
lain tentang kesantunan berbahasa:
- Held: “Kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.”
- Watts et.al: “Kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
- Awang Sariyan (2007): “Kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradap, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.”
Grice
telah mendefinisikan kesantunan merujuk kepada komunikasi secara santun
dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan
Beliau telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu:
i. maksim kuantiti
ii. maksim kualiti
iii. maksim pertalian (hubungan)
iv. maksim cara
Maksim
kuantiti merujuk kepada
apabila seseorang bercakap atau berkomunikasi haruslah didukung dengan
fakta atau data yang lengkap agar terhindar daripada yang tidak benar atau
lemah sebaliknya hendaklah membuat pernyataan yang betul dan tepat agar
maklumat yang diberikan itu diterima pendengar dengan hati terbuka. Jika
pendengar berminat untuk mendapatkan maklumat tambahan hendaklah
disampaikan melalui pernyatan yang lebih kuat atau hujah-hujah yang kukuh.
Selain itu penutur hendaklah diminta memberikan penjelasan akan sesuatu yang
diperkatakan agar pendengar dapat menerima dengan hati terbuka tetapi jika
tidak dapat memberikan sesuatu penjelasan atau memberikan sebahagian sahaja
alasan akan dianggap biadap dan melanggar prinsip kesantunan.
Maksim
kualiti
pula bermaksud penutur tidak membicarakan hal yang benar sebaliknya
mengatakan hal yang palsu atau tidak mempunyai bukti yang cukup kuat. Dalam
konteks ini penutur akan memendamkan maklumat oleh sebab tidak ada pengetahuan
yang cukup bagi meyakinkan pendengar.
Maksim
pertalian pula bermaksud
ketika berkomunikasi haruslah releven atau berkaitan dengan apa yang diucapkan.
Penutur hendaklah bercakap dengan yang releven dan tidak menyimpang dengan
tajuk yang diberikan. Penutur tidak boleh membuat sebarang andaian yang
mengelirukan pendengar agar mematuhi prinsip kerjasama dan semasa
memberikan maklumat ketika berkomunikasi hendaklah beradab dan tidak mengikut
perasaan.
Maksim
cara pula merujuk kepada cara seseorang itu
berkomunikasi. Jika penyampaiannya menyingung perasan orang lain, dengan
menggunakan bahasa kasar maka tujuan berkomunikasi secara santun tidak
tercapai. Oleh itu, ketika berkomunikasi hendaklah menggunakan pilihan kata,
ungkapan santun yang menandakan bahawa keperibadian orang itu memang baik.
Begitu juga jika seseorang itu berpura-pura bersantun di hadapan khalayak
sedangkan dia tidak ikhlas maka daia telah melanggar prinsip kesantunan.
No comments:
Post a Comment