Remaja memainkan peranan yang
penting dalam memacu negara pada masa akan datang. Jika mahu melihat corak masa
akan hadapan negara, lihatlah pilihan warna remaja pada masa kini. Begitulah
analogi yang menggambarkan jika remaja hari ini bersikap pincang, maka keadaan
negara pada masa akan datang masih belum terjamin, begitulah sebaliknya. Tidak
dinafikan, remaja semakin kurang santunnya dalam berbahasa, penggunaan
bahasa-bahasa yang kesat dalam perbualan seharian.
Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada lunturnya kesantunan berbahasa dalam kalangan masyarakat
kini:
·
Pengaruh media
massa yang tidak dapat lagi dibendung, yang secara tidak langsung mempengaruhi
minda mereka. Pelbagai program yang disiarkan terutamanya penyiaran budaya luar
telah mempengaruhi minda masyarakat kita untuk meninggalkan budi bahasa yang
menjadi pegangan masyarakat kita .
·
Tayangan-tayangan
rancangan dari Barat , umpamanya mampu memberi kesan negatif kepada masyarakat
masa kini yang mudah terpedaya dan mengekalkan sikap ingin mecuba. Sebagai
contoh: perkatan-perkatan yang tidak sopan yang selalu ditayangkan di
televisyen.
·
Pengaruh rakan
sebaya serta persekitaran. Biasanya remaja yang cepat pengaruh dengan rakan
sebaya mereka. Selain itu, pada peringkat remaja,rata-rata tidak mahu hidup
dalam keadaan terkongkong dan sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba
sesuatu yang baharu. Remaja seperti ini biasanya mengeluarkan bahasa-bahasa
yang tidak sopan apabila mereka bertemu atau melepak.
·
Kurangnya
perhatian dari kerajaan juga menjadi punca kepada masalah budi bahasa yang kian
merosot.
Faktor-faktor
lain yang menyebabkan lunturnya kesantunan berbahasa:
·
Ibu bapa
-Kurang
memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa
-Terlalu
sibuk dengan kerjaya
-Terlalu
mengharapkan guru/pendidik di sekolah mendidik anak-anak
-Tidak
menekankan aspek budi bahasa dalam diri anak-anak
·
Kemajuan
teknologi
-Budaya
luar yang mudah diikuti
-Memberi
pengaruh yang kurang baik
-Budaya
luar tidak mementingkan budaya budi bahasa
-Remaja
terpengaruh dengan budaya luar seperti "punk", "gothik",
dan sebagainya.
·
Diri
sendiri/Remaja/Masyarakat
-Menganggap
tidak penting
-Kolot
dan memalukan
-Bangga
dengan status (anak orang berada)
-Lebih
bangga dengan budaya luar berbanding budaya sendiri
-Kurang
didikan agama
-Kurang
perpaduan negara
·
Sekolah
-Kempen
di sekolah kurang berkesan
-Guru-guru
yang kurang menekankan aspek berbudi bahasa dan lebih mengutamakan aspek peperiksaan
-Terlalubergantung
terhadap kerajaan
·
Kerajaan
-Tidak
mementingkan budi bahasa (terutamanya kakitangan awam)
-Tidak
boleh dijadikan contoh kepada rakyat
-Kempen
yang dijalankan banyak tidak berkesan
terima kasih for the blog. its really helpful
ReplyDelete